Thursday, August 13, 2009

INFO IKAN


Lampam sungai - Memanglah dok kat sungai, pasal tak panggil dia lampam laut. Agak kurus sikit dari lampam jawa. Lampam jawa besar pasal kerja kontrek agaknya...heh. Terdapat di sungai besar, sungai kecil ataupun tasik.

Lampam Jawa - Spesis yang di bawa dari jawa dan di biak di sungai2 malaysia. Boleh di makan. Ada di sungai besar, sungai kecil ataupun tasik.

Sebarau - Antara ikan yang sedap di makan. Tapi kalau dah besar sangat tuh, tak berapa sedap sangat lak. Di kenali juga sebagai panglima sungai. Pasal dia saja yang ada line kat belakang. Pangkat la tu. Yang di gambo tu, kecil aje. Terdapat kat sungai besar, sungai kecil atau tasik. Spesis yang makan ikan. Terutamanya ikan seluang. Cara memancing yang sesuai ialah casting ( mengilat ) pakai rapala yang betul saiznya.

Terbul :Spesis ikan sungai yang dah kurang glamournya. Terdapat di sungai seluruh Malaysia. Tapi kita jarang dengar orang gi mancing Terbul kan.

lokasi : kaki bukit perlis
tarihk : 11.8.2009
masa : 8.30 malam - 11.45 malam
ahli : 4 orang

tanggal 11.8 baru2 nie , ahli kelab telah membuat satu aktiviti memanah ikan di kaki bukit perlis..dalam masa tiga jam lebih tu inilah hasil yang kami bawa pulang malam itu... kebanyakan ikan yang kami perolehi adalah ikan jenis sebarau..








selesai kerja membuang perut2 ikan....kami semua bertolak menuju ke restoren berdekatan bagi membolehkan kami menjamu selera ikan yang baru kami perolehi..restoren balai baru yang buka hingga larut malam menjadi pilihan kami...kami memberi 2 ekor tangkapan yang paling besar untuk dijadikan masakan 3 rasa...sememangnya kami tidak salah memilih kedai, dengan masakan yang sedap ditambah dengan ikan fresh telah menaikkan selera kami semua..

senyum selalu......